... : : mEmOrY iS tReAsUre Of aLL tHiNgs : : ...

Love is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not how much love you have in the beginning, but how much love you build till the end.

Monday, April 21, 2008


hehehe...lega rasanya dapat update blog yang dah kene sawang tue...sebenarnya banyak benda ha nak kongsi tapi asal taip2 jer bosan n just live it...yang baru2 nie plak ha amik dari pengajaran kehidupan yang ha nampak n rasa....tapi kalau ada yang tersalah istilah tue harap maaf la yer..ha nie tak pandai nak bersastera..lagi pon amik sastera pon tak pernah just intai2 kwn2 yang amik masa skola dulu..tue pon tak masuk kepala...hehehe...erm...minggu2 yang ha lalui di skola juga membuatkan ha penat n letih melayan dari anak2 murid sehingga la mak2 n bapak2 murid, apatah lagi rakan2 sejawatan yang semangnya banyak kerenah nie...tue blom cerita pasal pihak pentadbir tue..hehehe..kalau nak cerita semua mmg tak cukup 10 muka surat..tapi ha maleh nak cerita ibarat kita buka pekung sendiri la plak erk..hehehe...biarla mereka uruskan urusan mereka sendiri janji tiada perbalahan yang berlaku....erm..ok la ha dah penat sangat nie...esk lagi la jadual peribadi n harian yang padat...silap2 tak leh nak chat ngan kawan2 lain...nie pon keje dah melambak lain nak wat bisnezz nie..ish2...tolong menolong...kawan2...kalau kawan tak tolong kawan sapa nak tolong lagi erk...janji tolong dgn ikhlas...kalau tak ikhlas alamat tak kemana ler jawabnya...sabo jer la...
oh yer ha nak wish apy besday wat my cousin n her boy..yang sambut besday selang beberapa ari jer...ha ucapkan semoga kalian berkekalan hingga keakhir hayat...n yang sebelum keakhir hayat tue paham2 la yer...bila lagi nak wat majlis...mama ngan abah dah pening kepala sbb nak letak sedara mara...muat ke tak rumah nie..hehehe...

Pentas kehidupan....



Hari demi hari yang aku lalui mengajar aku erti kehidupan...payah,penat,suka,duka yang aku lalui terasa seperti aku adalah "pelakon" yang sentiasa mendapat tawaran berlakon dan memegang watak yang sentiasa berbeza2...ada ketikanya aku terasa ingin teriak dengan sekuat hati ini mengatakan yang aku terlalu penat untuk meneruskan lakonan ini.....tapi apakan daya...aku adalah pelakon tetap yang akan di 'bayar gaji' kelak bila tiba masa 'penghitungan gaji' nanti...sama ada aku berjaya atau aku gagal, aku adalah pelakonnya...kadang kala terasa ujian ini terlalu berat untuk aku tanggung dan adakalanya aku rasakan kenapa mudahnya aku perolehi sesuatu yang aku inginkan itu...mungkin ini la yang di katakan adil dan saksama...kalau dulu semasa aku kecil aku selalu dapat apa yang aku inginkan tapi kini selagi aku tak berusaha aku akan gagal perolehinya..tapi bila pula aku sudah usahakannya...kenapa masih sukar untuk aku dapatkannya...huh..kenapa la aku sentiasa berfikiran macam nie..mcm mana aku nak terima trofi yang pelakon terbaik kalau aku asyik mengeluh dan tidak terasa untuk mensyukuri nikmat yang diberi...sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku terima dan sentiasa berasa cukup dengan apa yanga ada...aku masih mahu terus berada di pentas ini untuk aku penuhkannya dengan drama bersiri yang besar ganjarannya....aku yang harus mendraf rangka drama yang bermutu dan aku mesti pastikan aku akan terima ganjaran yang dijanjikan....jika aku tersalah action tiada lagi roll filem yang akan dibuang..tapi ianya tetap berpusing sehingga DIA mengatakan "CUT".....bila tiba masa itulah bergulung2 filem akan dikeluarkan dari tempatnya dan kita akan di adili dengan adil dan saksama...tiada perbezaan pangkat,darjat atau rupa...hanya kretiviti dan usaha yang kita lakukan akan di nilai dengan seadil2nya....