Pentas kehidupan....
Hari demi hari yang aku lalui mengajar aku erti kehidupan...payah,penat,suka,duka yang aku lalui terasa seperti aku adalah "pelakon" yang sentiasa mendapat tawaran berlakon dan memegang watak yang sentiasa berbeza2...ada ketikanya aku terasa ingin teriak dengan sekuat hati ini mengatakan yang aku terlalu penat untuk meneruskan lakonan ini.....tapi apakan daya...aku adalah pelakon tetap yang akan di 'bayar gaji' kelak bila tiba masa 'penghitungan gaji' nanti...sama ada aku berjaya atau aku gagal, aku adalah pelakonnya...kadang kala terasa ujian ini terlalu berat untuk aku tanggung dan adakalanya aku rasakan kenapa mudahnya aku perolehi sesuatu yang aku inginkan itu...mungkin ini la yang di katakan adil dan saksama...kalau dulu semasa aku kecil aku selalu dapat apa yang aku inginkan tapi kini selagi aku tak berusaha aku akan gagal perolehinya..tapi bila pula aku sudah usahakannya...kenapa masih sukar untuk aku dapatkannya...huh..kenapa la aku sentiasa berfikiran macam nie..mcm mana aku nak terima trofi yang pelakon terbaik kalau aku asyik mengeluh dan tidak terasa untuk mensyukuri nikmat yang diberi...sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku terima dan sentiasa berasa cukup dengan apa yanga ada...aku masih mahu terus berada di pentas ini untuk aku penuhkannya dengan drama bersiri yang besar ganjarannya....aku yang harus mendraf rangka drama yang bermutu dan aku mesti pastikan aku akan terima ganjaran yang dijanjikan....jika aku tersalah action tiada lagi roll filem yang akan dibuang..tapi ianya tetap berpusing sehingga DIA mengatakan "CUT".....bila tiba masa itulah bergulung2 filem akan dikeluarkan dari tempatnya dan kita akan di adili dengan adil dan saksama...tiada perbezaan pangkat,darjat atau rupa...hanya kretiviti dan usaha yang kita lakukan akan di nilai dengan seadil2nya....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home